Tajuk : Apabila seorang suami memberi isterinya Tuhan

Apabila seorang suami memberi isterinya Tuhan
Mengajak isterinya mengutamakan Akhirat dari dunia
Di samping dunia tidak pula diabaikan

Itulah kasih sayang
yang paling utama dari seorang suami

Kalau hanya makan minumnya dijaga,
pakaiannya diurus,
tempat tinggal selesa,
dijinakkan dengan harta,
dihiburkan dengan kecantikan,
diberi harapan dengan kemewahan,
apa sahaja kehendak diturutkan,
bahkan nafsu dibesar-besarkan tanpa didikan,

Tapi Tuhan tidak dikenalkan
jauh sekali untuk dicinta
ditakuti,
dirindui,
Tidak mendidik isteri agar selamat
Dari nafsu-nafsu yang jahat,
Tamak, hasad, rakus, ego, menunjuk-nunjuk,
Dan cinta dunia yang merosakkan
Mudah lupa kebaikan orang lain lebih-lebih kebaikan suami,
Juga tidak mendidik jiwa agar selamat
dari azab mati,
dari seksa kubur,
Penderitaan dan bahang  Mahsyar,
dan siksaan api Neraka

memanglah itu kasih sayang namanya
Tetapi itu kasih sayang murahan,
untungnya sekejap, menderitanya lama

Sedangkan suami yang ada Tuhan di hatinya akan berkata :

“Wahai isteri
Aku hendak membawamu kepada Tuhan bersamaku
Tuhan itu adalah segala-galanya,
Mendapat Tuhan bererti mendapat segala-galanya
Kehilangan Tuhan
Kehilangan segala-galanya,
Mencintai Tuhan
Kunci bagi segala masalah

Sedang diriku
yang diharap-harapkan untuk berkongsi bahagia ini
Kesusahanku sendiri pun tidak dapat diselesaikan
Kalau bukan dengan kehendak Tuhan…

Jadikan diriku sebab untuk mendapatkan rasa cinta pada Tuhan
Bukan diriku menjadi sebab hilangnya cintamu pada Tuhan
Sehingga akhirnya diriku di’pertuhan’kan
Ertinya
Untuk membuktikan cinta pada Tuhan,
anggaplah diriku sebagai alat
Jangan jadikan diriku matlamat
hingga memperkecilkan Tuhan

Kerana….
Seorang isteri,
Sepatutnya dapat suami boleh bersyukur dan membesarkan Tuhan
Bukan sangat lalai hingga tawar hati dengan Tuhan

Wahai isteri,
Wahai wanita yang dimuliakan Tuhan,
Mengenali Tuhan
Yang Maha Baik,
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Yang Maha segala-galanya
bererti menjadikan Tuhan hidup mati kita,

Memperkatakan Tuhan,
perbualan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan,
perjuangan mendapatkan cinta dan kasih sayang Tuhan,
itu kebahagiaan dan kepuasan,
bahkan satu keindahan

Menempuh jalan menuju Tuhan,
Sanggup bersusah-susah untuk Tuhan
adalah hiburan
Agar berbahagia kemudian yang berpanjangan kekal abadi

Kerana kesusahan adalah
keperluan para hamba untuk membuatkan mereka bertaqwa
Untuk mendapatkan cinta Allah dan rasul
Untuk mendapat hati yang lunak dan lebih akrab denganNya
Untuk mendidik jiwa agar sangat bergantung dengan Tuhan

Bila nafsu ditekan
dicabar
Dan disusah-susahkan
Barulah ada ruang untuk wanita memikir tentang Tuhan
Barulah ada ruang untuk wanita meletakkan
pergantungan sebenar pada Tuhan
seperti
para ummahatul mu’minin dan para serikandi kekasih Tuhan

Amanah ini terlalu berat wahai isteri,
kerana itu,
Tuhan mahu dari para suami,
di hari pernikahannya,
‘kahwinkan juga hati isterinya itu dengan Tuhan’
Itulah keadilan sebenar seorang suami

Marilah bersamaku kepada Tuhan wahai isteri,
Tuhan adalah segala-galanya buat kita,
Tuhan adalah cinta Agung kita,
 jangan tinggalkan Tuhan
mari bersama dapatkan Tuhan
Insya-Allah kita akan selamat di Hari Kemudian
Tuhan akan menjemputmu
Masuk mana-mana pintu syurga yang disediakan

Terima kasih wahai isteriku
Terima kasih
Tuhan akan sentiasa bersamamu
Tuhan akan sentiasa merahmatimu”

C&P dari sini...

0 berita kembali:

Followers