Suddenly bile aku tgh ngarot2 kat blog private aku...
tibe2 aku tertaip (takdela jari aku gerak sendiri kan...=p) bait2 (baca: ayat skema) di bawah...
aku ingin mencari cintaNYA yg bakal menemukan aku dengan cintanya... mudah2an diri ini tidak lalai dan leka lagi dari mengingatiMU... ingin aku menjadikan dirimu sebagai tanda untuk aku lebih mengingatiNYA... ingin aku mendampingimu agar aku lebih rapat dan dekat denganNYA, agar aku mampu berada dalam pelukan dan kasihNYA... ingin aku merinduimu dan mencintaimu di jalanNYA kelak... andai itu yang telah DIA takdirkan...
kasih, janganlah aku menjadi punca terbukanya jalanmu ke neraka...
aku tak mahu menjadi punca kau tersasar dari matlamat perjuanganmu...
aku ingin melihat kau tersenyum gembira disisiNYA...
aku ingin kau menyayangi aku keranaNYA...
mendampingiku kerana rahmat dan kasih sayangNYA...
membimbingku menuju kesyurga...
aku juga tak mahu menjadi sebab kau rebah dalam jihad menegakkan agamaNYA...
menjadi sebab kau tersungkur dalam persimpangan dunia...
menjadi sebab kau merana di azab siksa...
aku mahu menjadi srikandi taat setia...
setia kepada agamaku dan agamamu...
yang mengESAkan Allah yang satu...
aku ingin berdiri teguh dibelakangmu...
sentiasa memberikan seteguh keyakinan dan semangat...
untuk kau tegar syahid di jalanNYA...
aku ingin menantimu di syurga... bukan syurga dunia...
aku ingin bersamamu kelak di sana...selamanya...
dan bercinta hingga ke syurga...
aku bukanlah seorang yg puitis nak berkata2...
aku just keluarkan apa yg terlintas dalam pale aku saat jari2 aku berada di papan kekunci ni...
dan aku bukanlah nak bermegah2 nak suruh orang baca...
aku just nak berkongsi dengan mereka yg sudi...
sekian~ hehehe...
0 berita kembali:
Post a Comment