REZEKI

Bismillahirrahmanirrahim...

huhuhu~ ttbe teringin nak bukak topik ni...
bukan pasal pe pon... nak ingatkan diri sendiri je...

bahawasanya, rezeki tu datang dari Allah...
DIA yang memberi dan menarik balik...
DIA yang mencukupkan dan mentakcukupkan...
segala2nya DIA aturkan...

maka, cukup atau tak cukup, kita sbg hamba kenalah bersyukur...
pasti de hikmah di sebalik apa yang DIA kurniakan...

aku terpakse ingatkan diri aku sendiri...
SEBAB:- aku mula membandingkan diriku dgn orang lain...
SEBAB:- aku mula melihat apa yang aku takde berbanding org lain...
SEBAB:- aku mula memikirkan camne aku nak jadi cam org lain...
dan aku tau sume tu amat membahayakan hati aku...
huhuhuhu~

ada orang dilahirkan dalam keluarga yang kaya...
tapi knape nak compare dengan mereka?
knape tak lihat mereka yang papa?

ada orang dilahirkan dalam keluarga yang bahagia...
tapi knape nak compare dengan mereka?
knape tak lihat mereka yang tak berkeluarga?

ada orang yang rezekinya sentiasa...
tapi knape nak compare dengan mereka?
knape tak lihat mereka yang sengsara?

iri hati mematikan hati...
beristighfarlah selalu...
bersyukurlah selalu...

tanggungjawab manusia berbeza2...
dan aku perlu ingat
tanggungjawab aku mungkin terlebih sedikit daripada teman2 seangkatan denganku...
tapi tu tak bermakna, aku perlu menyesali semua itu...
dan tak perlu untuk aku membandingkan dengan mereka yang masih kurang tanggungjawabnye...
dan perlu untuk aku mengintai mereka yang punya lebih tanggungjawab berbanding aku...
agar aku bersyukur...

semestinya, tanggungjawab itu mendewasakan...
andai kita termanja hidup tanpa perlu memikirkan apa2 tanggungjawab,
rugilah... rugilah...

dan tanggungjawab yang sememangnya terpikul di bahu setiap insan yang cukup syaratnya,
adalah tanggungjawab sebagai hambaNYA...

bertawakkal lah kepada NYA atas setiap urusan...
semoga dipermudahkan segalanya...
dan disetiap hembusan nafas kita,
Allah telah sertakan rezeki untuk kita syukuri...
alhamdulillah~

0 berita kembali:

Followers