Rasa Sunyi...

Bismillahirrahmanirrahim~

Heh~ kenapa terase kesunyian yang melampau kala ini?? kipas bunyi cam helikopter... bunyik keyboard lagi... lagu Gee yang tak sudah2 ni... err... knape tak pasang ngaji ke eh??? T.T

Sungguh... rase sunyi... huhuhu~ tp tamau masuk zon nangis2 la... pening pale asyik nak sedih je... ade org yg lagi sedey dr aku... (salam takziah buat Anis Zakri & keluarga atas kehilangan bonda tercinta... semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba2NYA yang beriman... alfatihah~)
Aku tertanya2 bagaimana agaknya kalau aku yg berada di tempat beliau?? dikala exam sedang berlangsung ni... pastinya emosi runtuh... dan semangat pasti tiada untuk meneruskan apa yg terbentang di depan mata... owh~ sesungguhnya Allah turunkan ujian pada hamba2NYA mengikut kemampuan... begitu juga dengan aku, dengan kita semua... takkan Allah uji kita andai Dia tahu kita tak mampu lalui dan harungi... maka, berdoalah kpdNYA agar sentiasa diberikan kekuatan dan kesabaran...

Sunyi~ yaa... aku tetap merasakan kesunyian ini walaupun aku tahu DIA sentiasa menemani aku... sentiasa berada disetiap waktu aku memerlukan... apakah erti kesunyian yang aku rasakan kini??.. ada sape2 leh tlg explain?? huhuhu~

Hurrmmm... mungkin kesunyian yang aku rasakan ni adalah kesunyian diri aku sendiri sebagai seorang manusia biasa... yang perlukan teman... yg perlukan rakan untuk saling berkongsi cerita... mungkin... yerla~ musim2 peperiksaan ni, wajarlah semua bercinta dgn buku2 dan nota2 kan... inilah kebiasaan yg harus aku kikis mungkin... kerana tak lama lagi, aku dengan keterpaksaan perlu meninggalkan segala kebiasaan itu... naaah~ jgn masuk mode graduation ok... coz it still far away~ selagi aku belum dapat result final sem ni, semua itu belum pasti... malah, mungkin aku sendiri tak sempat nak melangkah ke hari esok... segalanya mungkin~

Tetap sunyi... arrghhh!! adakah da sampai masa aku fikirkan persoalan teman hidup??? setelah apa yg aku lalui, aku telah membuat keputusan untuk membiarkan sahaja isu ni... malah, aku seolah2 mengambil keputusan untuk menyerahkan segala2nya kepada takdir... putus asakah itu namanya?? apa lg usaha yg perlu aku lakukan??... menjadi??? i always try and im trying... persoalan hati yg sukar untuk ditafsir... hingga aku sendiri bingung untuk memikirkannya dan aku melupakannya seketika aku dalam medan pertempuran ni...

Banyak persoalan yang aku temui hingga kini... persoalan yang lebih kepada apa yang akan berlaku esok hari... apa yang akan berlaku di masa hadapan... persoalan yang kita takkan temui jawapannya... hanya DIA yang maha Mengetahui... benarkan???...

Cuba tanyakan diri kalian... kita harini untuk menjadi kita hari esok... tp, adakah betul2 kita dpt jd seperti kita hari esok seperti apa yang kita rancangkan dan harapkan?? tak faham?? bg cth sng sket la... kita study bersungguh2 harini, adakah kita dapat jawab exam dgn elok hari esok?? semua tu adalah ketidakpastian bukan??? namun, boleh diusahakan... kita inginkan insan yg terbaik menemani hidup kita suatu hari nanti... kita berusaha mencari yang terbaik kini... tp adakah di masa akan datang dia adalah seperti yang kita harapkan?? manusia berubah bukan??... kita inginkan sebuah keluarga yang bahagia... tp boleh ke kita katakan kita akan benar2 bahagia?? kita inginkan generasi kita akan datang, generasi bertakwa... kita nilai sendiri kehidupan kita saat ini... adakah kita mampu memikul tanggungjawab itu?? owh3~ hidup ini penuh misteri dan kebarangkalian... sehingga semua itu tak mampu kita fikirkannya... tp usaha itu tetap perlu... penilaian Allah terletak pada usaha kita bukan natijahnya...

Hati manusia umpama pasir di sisiran pantai... berubah pabila dilanda ombak... bila teringat tentang manusia dan perubahan ni, aku bersyukur melihat perubahan seorang teman semasa disekolah rendah dahulu... alhamdulillah~ sedangkan suatu ketika dulu pernah aku bermonolog dalam hatiku sendiri, bila beliau nak berubah??? hina sungguh diri ni... tak sedar diri sendiri dah banyak berubah kepada kejahatan... aku doakan dia terus istiqamah terhadap perubahan yang baik itu dan Allah sentiasa membimbingnya menjadi manusia solehah... (beb, aku tak sabar nak balik jumpe ko la... nak tgk dengan mate aku sdr... =D)

Aduhai... ape yg aku merapu ni yer??? huhuhu~ cukuplah ni... luahan rasa menemani kesunyian hati yg tiada berkesudahan... selagi Iman tak kukuh didada, selagi tu kesunyian ni takkan pergi mungkin??...

Buat mereka yang ade paper esok, ku doakan agar kalian beroleh ketenangan dalam menjawab soalan... berusahalah selagi terdaya... dan buat kamu, aku doakan kau temui manisan kesabaran itu... & itulah pintaku jua... mudah2an kesabaran yang aku harungi kini mendatangkan hasil tuaian kemanisan yang aku impikan...

-wassalam-

0 berita kembali:

Followers