Bismillahirrahmanirrahim~
Alhamdulillah... akhirnya aku mampu berkongsi rasa dan cerita tentang kisah hati kepada seorang yang amat berjasa dalam hidupku, IBU...
Setelah kurasakan hidupku dalam ketidaktenteraman sejak seminggu dua yang lalu, aku akur bahawa sudah sampai masanya aku berkongsi rasa dan perasaan tetang hati bersama ibu...
Dalam debar rasa untuk memberitahu ibu isi hatiku, akhirnya terluah juga segala rahsia hati... ibu amat memahami dan memberikan aku kata2 semangat agar aku kuat, agar aku tenang menghadapi segala kesan tindakan aku nanti... aku bersyukur padaMu ya Rabb kerana mengurniakan aku seorang ibu yang benar2 memahami... hanya aku yg kerap culas tanggungjawabku sebagai seorang anak...
Nasihat ibu...
Fikirkan apa yang berada di depan mata kerana esok mungkin tiada... Jadi, apa yang difikirkan baik untuk hari ini, lakukanlah... Hari esok, belum tentu jadi milik kita untuk kita fikirkan hingga pening kepala... hanya perlu bersedia dengan jati diri yang teguh apa yang bakal berlaku esok hari, bukan memikirkan apa yang bakal berlaku esok hari...
Dan lagi, jika hati sudah mantap dengan keyakinan berpaksikan ketaqwaan kepadaNYA, lakukanlah dengan yakin... kesan tindakan kita, itu belakang cerita... yang penting usaha...
Hanya dengan mengingati Allah, jiwa2 kan menjadi tenang...
Mudah-mudahan ini langkah dan tindakan yang terbaik buat aku disertai dengan restu seorang ibu yang telah bersusah payah melahirkan dan membesarkan diri ini...
Berita yang agak sedih dan mengejutkan aku, seorang guru di sekolah berhampiran rumah lamaku telah kembali ke Rahmatullah kerana lemas di desaru... jiranku pula setakat ini masih belum ditemui... ku doakan beliau ditemui dengan selamat... takziah buat keluarga allahyarham cikgu Zahari... semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...
Cukuplah kematian sebagai peringatan buat kita yang masih hidup ini... entahkan esok giliran kita?? masihkah punya masa untuk bertaubat???
(aku cakap beriya, padahal baru lepas melaram utk dinner kolej esok... apekah maknenye itu?? -___-)
Satu lagi berita sedih yang aku terima, rumah lama itu ada yang mahu membelinya dengan tawaran harga yang sememangnya dalam perkiraan kami sekeluarga... bakal pembelinya seorang berbangsa India... aku agak terkilan... namun, andai itu yang telah Allah tuliskan terbaik buat kami sekeluarga, aku akur... sesungguhnya manusia itu mampu merancang namun Allah lah sebaik2 perancang... subhanallah~
Cukuplah2... moga ada sinar bahagia yang menanti disebalik segala kesusahan... semoga Allah sentiasa bersama kami...
-wassalam-

0 berita kembali:
Post a Comment