Bismillahirrahmanirrahim~
Hurrrmmm... walau ku sedar banyak tugasan menanti saat ini, aku teruskan juga coretan ku ini agar dapat aku jadikan peringatan, ikhtibar dan panduan hidupku di masa akan datang...
Aku baru pulang dari menikmati hidangan makan malam di Suwaibah... seperti biasa, borak2 dan berkongsi cerita menjadi kewajipan terutama di kalangan student2 PDR (sbb dorg majoriti pon...)
Lalu, tatkala isu 'fly' semasa di asrama terkeluar, terkeluar juga persoalan tentang sekolah ku yg terletak di Klang... meluncur sahaja kata2ku kala itu tanpa bertapis mahupun penapis...
Saat berada di atas motor, aku terfikir... mengapa kini mudah benar aku berkata2 apa yg tidak wajar seorang muslimah berkata2?? kini mudah benar aku mem'bodoh'kan manusia sedangkan suatu ketika dahulu aku meng'haram'kan diriku dari memaki hamun manusia... apatah lagi mem'bodoh'kan mereka... mungkin ini silapku yg menjadikan aku semakin 'bijak' dalam pelajaran??? astaghfirullah~ aku lupa siapa diriku... hanya hamba yg berharap ihsan dan kasih sayang Allah namun tanpa segan silu memaki hamun manusia...
Aku terus terfikir dan berfikir... sungguh!! tutur kata dan tingkahku tidak lagi seperti dulu... aku kini hanyut dengan tindakan2 dan kata2 yg memalukan diriku sendiri... kenapa aku begini?? sampai bila aku mahu begini?? layakkan seorang wanita muslim bersikap begini???
Dan aku berfikir lagi... aku dikelilingi manusia yg menerima tindakan2 seperti itu dengan fikiran terbuka... tatkala aku membodohkan manusia, siapakah yg menegur aku?? tatkala aku memaki hamun manusia, adakah yg mengatakan padaku bahawa tindakan itu tidak wajar??... bukan untuk menyalahkan mereka di sekelilingku kerana aku sedar semua itu terletak pada diriku sendiri... kerana bibir ini yg berkata2, tidak perlu jari ini ku tuding pada org lain...
Apa yg ingin aku tekankan di sini adalah sikap keterbukaan yg membenarkan apa yg tidak... yang terlalu terbuka walhal wajar di tutup... kesalahan2 tutur kata kini kian dianggap gurauan padahal bahasa itu menunjukkan sejauh mana kita beragama... sejauh mana pandangan dan pegangan kita terhadap kesopanan kita sebagai penganut agama yg suci... wajarkah kata2 itu terhambur dari mulut kita sedangkan Nabi yg kita cintai bahasanya sungguh indah dan sopan walaupun ketika bergurau...
Owh~ sungguh aku terasa berdosa sekali... dahulu, aku mampu menegur mereka yg berkata2 liar tidak kira secara bergurau mahupun serius... kini, aku seolah2 menerima itu sebagai 'bahasa gurauan yg merapatkan ukhuwah'!! adakah prinsip begitu???!!! dan terkadang aku sekali terikut2 menggunakan kata2 itu... astaghfirullah... ampunkan kesalahan hambaMu ini ya Rabb... sungguh aku bersyukur disedarkan dari kelekaan ini... tanda kasih dan sayangNYA terhadap diri yg berdosa ini... mudah2an coretan aku ini akan ku ingat sebagai kesalahanku yang tidak perlu aku ulangi... insyaAllah~
-wassalam-

Malu itu sebahagian dari iman seperti yang disebut dalam hadith Ibu Umar ra bahawa baginda rasul menyebut : “Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman” (hadith sahih riwayat Bukhari no 24 dan Muslim no. 36 , Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah). Begitu juga dalam hadith yang lain baginda mengatakan : “Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan” (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).
-wassalam-
0 berita kembali:
Post a Comment