Menjadi dahulu baru mencari~

Bismillahirrahmanirrahim~

Alhamdulillah~ aku berpeluang mendengar Forum Wacana Minda Mahasiswa bertajuk Paradigma Cinta... ahli panel merupakan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam) dan Pn. Rosmawati Zainal...

Banyak persoalan berkaitan cinta yg telah beliau olah... dan yang paling terkesan di hati aku adalah, menjadi dahulu baru mencari... walaupun aku tau hakikat itu setelah sekian lama, tp bila dicompactkan menjadi satu ayat yg lebih mudah, ianya lebih lekat di hati... ayat ini bagi menjawab persoalan samada kehidupan di universiti adalah untuk mencari pasangan... dan kesimpulan yg aku dapat buat daripada kata2 beliau adalah, utamakan apa yg perlu diutamakan (study) & cinta jangan dilayan dan usah juga dilawan kerana melawan cinta adalah cara kita melayan cinta (ada dlm post di blog beliau)... kita perlu terlebih dahulu menjadi yang soleh/solehah untuk mendapatkan pasangan yg soleh/solehah sebagaimana yg telah Allah janjikan dalam surah AnNur (ayat aku tak ingat)... jangan berharap untuk mendapatkan yg terbaik andai kita sendiri belum dalam usaha untuk menjadi yang terbaik... dan mungkin aku termasuk dikalangan orang2 yang melawan cinta dan dalam masa yang sama, tanpa aku sedar aku sedang melayan cinta itu... (mungkin ini jawapan kepada persoalan perasaan aku selama ni...)

Pepatah arab ada mengatakan, air yang bertakung dan tidak mengalir akan rosak begitu juga dengan pemuda/i yang tidak pandai menguruskan masa lapang, kerana masa lapang itu yang bisa membunuh mereka... maka, sibukkan diri dengan aktiviti2 yang berfaedah... usah tergesa2 dan usah juga bertangguh andai jodoh tiba...

Bagi aku pula (yang dah masuk stage kawan2 sekeliling membina masjid), aku rasa tak salah jika kita memilih keduanya... dalam pada masa kita mencari, kita juga berusaha untuk menjadi yang terbaik, memperbaiki diri dari semasa ke semasa, mentarbiah diri dengan didikan Al-Quran dan As-Sunnah... ada pendapat mengatakan bahawa, serahkan soal jodoh kepada Allah swt kerana jodoh telah dijanjikan olehNya sejak di Luh Mahfuz lagi... namun, Allah juga telah memerintahkan agar kita berusaha untuk mencapai sesuatu kerana DIA tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka berusaha... jadi mengapa kita perlu hanya berserah tanpa usaha?? dan persoalannya disini, usaha yg bagaimana?? berdoa juga merupakan salah satu usaha akan tetapi, dimana usaha kita sebagai seorang manusia itu sendiri... jika kita katakan kita ingin yang terbaik, naah! usahakan diri kamu menjadi yang terbaik... dan itulah usaha bukan? jika kita bertanyakan kawan2 serta meminta teman2 memasangkan kita, itu juga usaha kita sebagai manusia... usaha perlu ada, lalu disertai dengan doa dan tawakal... ketiga2 elemen ini perlu dalam menjadi dan mencari...

Menyingkap sirah junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, Baginda telah dilamar oleh isteri tercinta Siti Khadijah Khuwailid melalui perantara... itulah usaha yang Siti Khadijah lakukan dalam pencarian cintanya... lalu apakah salah andai wanita yang memulakan langkah sedangkan Nabi yang kita cintai sendiri dilamar oleh seorang wanita... apakah permasalahan yang timbul andai perigi mencari timba??... bagi aku, hanya lelaki ego yang menolak kata2 itu dan hanya wanita yang terlalu merasakan dirinya hebat akan mengambil kata2 itu dari sudut negatif... Contoh dan tindakan Baginda Nabi SAWadalah sebaik2 tauladan ummah sepanjang zaman... dan Ad-deen itu sendiri tidak akan lapuk dek zaman...

WHat YOu ARe Is WHat YOu SEe
whAT yoU seE iS whAT yOU gET
=wHAt yOu aRe is wHAt yOu gEt
Siapa kamu, akan menentukan bagaimana kamu melihat dan apa yang kamu lihat bakal menentukan apa yang kamu peroleh...

Seterusnya, ErTi HiDuP pAdA mEmBeRi... dalam blog beliau juga ada post mengenai ini... dan aku kupaskan sedikit kerana ia menjawab persoalan audience tentang mereka yang melihat sebuah perkahwinan dengan pandangan rabun jauh yang melampau... maksudnya, mereka melihat perkahwinan itu sebagai suatu masalah, sebagai suatu yang membebankan kerana mereka perlu menghadapi situasi2 dan perkara2 yang mereka tidak suka mahupun tidak gemar... dan lagi, terlalu memikirkan apa yang mampu diberikan oleh pasangan kepada mereka dalam erti kata lain, mampukan pasangan mereka nanti memenuhi kehendak2 mereka dan melaksanakan apa yang mereka kehendaki... jelas disini, mereka yang sebegini bertindak sebagai penerima sedangkan Allah SWT telah menjadikan manusia untuk memberi... tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima sekiranya pemberian itu dengan kasih sayang dan hati yang ikhlas...

Contoh yang beliau bawakan, sambutan hari lahir... kelihatan seperti yang disambut akan merasa gembira kerana diraikan... contoh kedua, hadiah seorang ayah kepada anaknya dimana anak itu sangat2 menginginkan hadiah tersebut... pabila hadiah itu sampai ke tangan anaknya dan seorang ayah melihat kegembiraan yang terpancar di wajah anak itu, siapakah yang lebih gembira? anak itu ataupun ayahnya? naah, jelas disini, pemberian yang disertai dengan kasih sayang lebih bermakna...

Berbalik kepada persoalan mereka yang 'rabun jauh' tadi, seorang suami mahupun isteri perlu bijak memainkan peranan masing-masing iaitu, memberi... sekiranya mereka tahu dan laksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemberi, tidak akan timbul insiden tidak puas hati kerana suami/isteri tidak memberikan apa yang dikehendaki oleh pasangan masing2... dengan kata mudah, kita perlu fikirkan apa yang kita akan beri kepada pasangan kita daripada memikirkan apa yang kita akan terima daripada pasangan kita... erti hidup pada memberi ini bukan menyempit kepada persoalan berpasangan sahaja, ia merangkumi kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini dalam seluruh aspek kehidupan... contohnya, kita mengharapkan penyampaian yang terbaik daripada pensyarah2 kita tp adakah kita cuba berikan mereka yang terbaik dengan kejayaan kita dalam peperiksaan?? lagi, kita mahu ibu bapa kita memberikan yang terbaik buat kita, namun apakah kita juga memberikan kasih sayang yang terbaik buat mereka?? kita mengharapkan seorang teman memahami kita walhal kita sendiri tidak memahami mereka... renung2kanlah~

Dan kupasan aku yang terakhir adalah berkaitan dengan istikharah... istikharah adalah usaha terakhir kita dalam membuat pilihan... di setiap masa juga kita digalakkan beristikharah kerana setiap langkah kita takkan lari daripada membuat keputusan... tapi, apakah istikharah yang kita lakukan itu selepas kita beristisyarah (berusaha)... aku ulang balik 3 elemen yang perlu ada dalam usaha menjadi dan mencari td iaitu usaha, berdoa dan bertawakal... jd, dimana istikharah itu pada 3elemen tersebut... anda fikir, anda faham, anda jawab dan anda laksanakan tindakan anda... mudah2an sedikit kupasan ini membantu teman2ku walau sedikit... dan bagi mereka yang tidak dapat hadir ke forum td, mudah2an bermanfaat ilmu yang aku peroleh td... wallahualam...

-wassalam-

p/s- sangat2 happy dgn pengisian mlm ni sehingga takleh tunggu esok nak update blog (takot lupa) & update status mahupun tagline (sbb tak sabar bak kate org tu)... ape pon yang aku lakukan, hanya aku yg memahami dan Allah jualah yang Maha Mengetahui...

4 berita kembali:

Anonymous said...

salam

terbaik kak dayah
baru nak wat kupasan ,
update awal tu..

yup, menjadi dan mencari ..
tp bagi stage kite, masih menjadi ..
peringkat belum sampai..

maklum la,,
muda lg..

terima atas kupasan yg bernas..

bercinta sampai kesyurga...
belajar memberi daripada menerima

salam ukhwah

khalid alwalid

~cAhaYap3tUnjUk~ said...

salam...

thanx for reading and commenting~ =)

mmg kene update awal kalau tak lupe... almaklumlah usia semakin memendek... ingatan pon da tak brape nak tajam cam 10tahun dulu kan... hehe~

btul, bercinta biar sampai ke syurga dan perlu memberi daripada menerima

salam ukhuwah juga (walaupun tatau sapekah gerangan khalid alwalid ni... ^__^)

semoga kita semua dikurniakan pasangan yang beriman, soleh dan solehah~ insyaAllah~

Honey'n'peacH said...

salam dayah...

siyes ayat dia bkesan gle..

nk nanges bce..huhu

best2!! thnks share babe :)

~cAhaYap3tUnjUk~ said...

salam cik im_iera... aku ingat sape la tadi kan... hehehe~

takpe, mane yg elok amik wat pengajaran k... be the best, ull get the best...

yg penting, erti hidup pada memberi~ =D

Followers