Volleyball KTSN Johan lg!!! ^_^

Bismillahirrahmanirrahim~

Naaah~ lihat shj tajuk sudah bisa membuatkan aku gembira... utk kali keempat berturut2 pasukan volleyball wanita berjaya mengekalkan kejuaraan... alhamdulillah~ syukur yg tak terhingga atas kejayaan yg Kau kurniakan kpd kami Ya Allah~ sungguh2 kami bersyukur dan gembira!!! begitu juga kpd pasukan lelaki di mana mereka berjaya memecah tradisi dengan melayakkan diri ke pusingan separuh akhir... namun, kelebihan KTHO yg memiliki pemain2 MASUM menyekat kemaraan mereka ke peringkat akhir... keseluruhannya, pasukan2
volleyball KTSN tahun ni mengagumkan!!! yeah~


pasukan volleyball KTSN wanita

Pesta Bola Tampar SUKEM tahun ni berlangsung pada 15 dan 16 ogos 2009... perlawanan pada hari sabtu merupakan perlawanan peringkat kumpulan di mana, adik2 aku berjaya menumpaskan Kolej Ibu Zain dgn mata 25-17 dan 25-16... aku terpaksa berpuas hati dengan pencapaian mereka disebabkan 4 drpd 6 pemain tersebut merupakan adik2 yg baru je mencari pengalaman dlm SUKEM ni... dan aku, hanya menjadi pemerhati dan tukang jerit diluar sampai sakit tekak... takpela, bile lagi nak bg dorg pengalaman bermain kalau bukan mase ni... Game kedua peringkat kumpulan adalah menentang Kolej Ungku Omar... dan skali lagi, adik2ku berjaya menumpaskan mereka dgn mata 25-11 dan 25-17...rasenye, game dgn KUO ni aku masuk mase 1st set dan memberi mata2 free kat pasukan lawan~ tp, alhamdulillah kemenangan masih berpihak kpd kami dan kejayaan ini menjadikan kami muncul sebagai johan kumpulan A...













menentang pasukan KUO

Perlawanan peringkat suku akhir pula berlangsung tatkala matahari tegak di atas kepala... sememangnya menguji kecekapan para pemain!! rezeki masih berpihak kepada kami setelah adik2 top players menumpaskan Kolej Ibrahim Yaakob dengan mata 25-9 dan 25-11... kemengangan ini melayakkan kami mara ke peringkat separuh akhir pada hari ahad...

Pada masa yang sama, pasukan lelaki juga berjaya menjadi johan peringkat kumpulan atas kehendakNYA... seterusnya mara ke peringkat suku akhir bertemu dengan Kolej Ibrahim Yaakob... maknenye, peringkat suku akhir, kedua2 pasukan KTSN dan KIY saling bertemu... dan tahniah yg tak terucap kpd team lelaki kerana berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir setelah menang tipis 25-23 utk kedua2 set... sungguh2 perlawanan tersebut merupakan perlawanan yg mengecutkan segala otot perut dan sendi2 demi melihat kedua2 pasukan saling mengejar mata, meninggalkan dan ditinggalkan!! aku sungguh2 lah terharu melihat permainan dorang tahun ni setelah 3 tahun aku tak lepas jadi penyokong pasukan laki ni... persembahan mereka mmg tiptop!!! masing2 all out!! perghh!!! tahniah weyh korg!!! sungguhlah aku terharu bile wisel penamat berbunyi dan dengan aku2 skali berlari, melompat dan menjerit kegembiraan smpai rase nak nangis dah~ hehehe~ tahniah2!!!

















pasukan lelaki bersama pengurus terbaek!!=p


pabila budak kecik da melompat~ =p

Kejayaan lelaki2 ini mendapat perhatian che kam busuk yg mengoffer puding roti beliau utk dihabiskan... lantas aku membawa 2org wakil lelaki si bapak dan si pakcik menyertai kami berdua menyerang umah beliau dan memaksa beliau menyediakan makan malam... tp akhirnye, aku jugak yg jadi chef krn masa yg tak brape mengizinkan... huhu~

Perlawanan seterusnya pd pagi ahad tanpa mengetahui lawan yg bakal ditemui di peringkat separuh akhir tu... tp, bile tau je semi jumpe Kolej Rahim Kajai, berkobar2 trus semangat aku nak bermain... bersungguh2 melupakan kesakitan di kaki... lebih2 lagi bile mengetahui tiada perlawanan utk tempat ketiga dan keempat... maka, klu nak men banyak2 kali, kenelah menang!!! hehehe~ dan keputusannya, kami berjaya menewaskan Kajai dgn mata 25-18 pada set pertama... set kedua mencatatkan rekod apabila kami dengan mudah memberikan mata kepada pasukan kajai apabila ditinggalkan dengan mata 0-8!!! namun, kami berusaha mengejar dan terus mengejar sehingga berjaya menewaskan pasukan kajai dengan mata 25-21... sebetulnya, banyak sungguhla kesilapan2 yg aku wat... sumenye serba tak kena!! huhu~ hampir 2minggu bercuti ckup utk memberi kelebihan kpd aku mengucar-kacirkan permainan... isk3~ tp, dalam set kedua aku lebih konfiden dan dpt melupakan kecederaan wat seketika...=p

Pada masa yg sama juga, berlangsung perlawanan separuh akhir lelaki antara KTSN dan KTHO... dan pastilah, KTHO mendahului mereka... ramai pemain KTHO yg merupakan pemain MASUM... maka, tak hairan langsung andai KTSN tewas di tgn mereka... bagaimanapun, tahniah KTSN krn mampu memberi cabaran kpd mereka... cumenye, agak kesal krn perlawanan kami serentak... maka, tak dptlah nak saling menyokong antara satu sama lain... dan aku pon takleh nak komen sejauh mane prestasi permainan mereka... hehehe~

Berehat selama lebih kurang 45minit sebelum final antara kami dan Kolej Keris Mas bermula... sebelum permainan lagi, abg raja dah panggil aku mintak jgn spike... hehe~ aku ckp, aku tak spike tp org lain spike la nnti... hohoho~ mase ni mmg tak konfiden lagi nak melompat2 sume... cume berdoa dlm hati aku dpt perform well... ckupla tak mencacatkan permainan... namun, keazaman utk bermain dgn bersungguh2 mengatasi segalanya... dan sungguh!aku mampu melompat, melayang dan menghayunkan tangan aku untuk menyepike bola yg sedang terapung di udara... sungguh aku bersyukur krn Allah menghilangkan seketika kesakitan kakiku dan mengurniakan keupayaan kpdku walaupun setelah bercuti panjang~ -_~


penuh bergaya~ hahaha! =p

Permainan menentang KKM agar mencabar tp bukan pada pemain melainkan pada penyokong... kami diasak dgn gangguan2 berbentuk emosi... mungkin pd aku, sume tu tak terkesan langsung...tp bg adik2 yg sedang mencari pengalaman, ia mungkin suatu gangguan yg perlu diatasi dengan kekuatan... sepatutnya, di peringkat akhir perlawanan berkonsepkan best of five... tp atas persetujuan bersama, permainan kami dipersetujui sebagai best of three...

Set pertama telah membuktikan mereka bukan calang2 pasukan walaupun pemain2 KTSN masing2 berkebolehan menjadi spiker... ditambah lg dengan kesilapan2 yg tidak perlu dilakukan menjadikan kemenangan berpihak kepada mereka dgn mata 20-25... kekalahan ini membuatkan hatiku berkata2 'kalaulah aku berkeras utk bermain best of 5!!!' =(
perlawanan agak sengit krn seawal permainan lagi kami sudah ditinggalkan!! dan kala ini, aku telah menyedari bahawa aku mmpu menjadi 'aku' di dalam permainan... utk set kedua, kami perlu mng utk mengheret mereka ke rubber set dan strategi perlu ditukar... kedudukan aku pada set pertama tidak begitu sesuai sebagai seorang spiker kerana aku lebih kerap berada di belakang... dan kali ini, rezeki berpihak kpd kami dgn mata 25-17...


antara saat2 yg mendebarkan!!!


dan lagi berdebar2!!~ -_-

Set getah (rubber set) merupakan set penentuan yg sememangnya mendebarkan setiap penyokong apatah lagi pemain!!! kami cuba mendahului mereka namun dapat dipintas sehingga separuh permainan... kami ditinggalkan 4-8 sebelum bertukar court... huhu~ saat ni, aku hanya mampu berserah dan mengharapkan keajaiban dariNYA... hatiku telah kurendahkan bersungguh2 agar redha sekiranya DIA hanya mahu memberikan kami sekadar naib johan... sungguh2 perlawanan amat sengit tatkala kami berjaya menyamakan kedudukan 14-14 setelah ditinggalkan!!! aku rasa spt mahu menangis bila Allah masih memberikan peluang kpd kami... dan aku, ckup2 menyesali keterlanjuran kata2ku di awal permainan td... astaghfirullah~

Kesilapan kami memberikan mereka mata 15-14... namun berjaya dikejar... kami pula mendahului mereka dengan 16-15 setelah mereka melakukan kesilapan tp mampu dikejar semula akibat kesilapan pemain KTSN menjadikan mata 16-16... sunnguh2 mendebarkan!! masing2 bermain dgn cukup berhati2 sehingga seolah2 ia adalah perlawanan digging!! dan penyokong2 diluar telah kebosanan sehingga ada yg berkata 'okay, mainlah korg smpai maghrib... jom kite gi makan!' haha~ aku hanya mampu tersenyum... mata menjadi 17-16 apabila pasukan lawan melakukan kesilapan... dan...................... 18-16!!! kemenangan akhirnya berpihak kpd KTSN!!! sorak sorai penyokong dan pemain2 sungguh2 melegakan hati aku... dan aku sendiri tidak dpt mengawal diri aku dari melonjakkan diri tinggi di udara krn terlalu gembira~ aku menangis kegembiraan... sungguh2 aku bersyukur atas kurniaan yg telah DIA berikan kpd kami... aku aku bersyukur krn sepanjang aku berada di KTSN ni, aku telah bersama2 pasukan KTSN memberikan sumbangan yg tak seberapa demi mempertahankan kejuaraan kami... syukur alhamdulillah~















reaksi pemain dan penyokong setelah berjaya menewaskan
KKM dlm rubber set + duce!!! ='D

Sungguh2 SUKEM volleyball kali ni memberi erti yg tak terhingga buat diriku... semoga ia menjadi SUKEM yg terakhir buat aku... insyaAllah~ terima kasih yg tak terhingga kepada pemain2 yg sama2 berhitam legam demi sebuah kejayaan yg amat bermakna (hitam pon hitamlah jnji mng kan??=p)... dan lg, kepada peminat2 diluar court yg sanggup berpanas utk memberikan sokongan padu lg jitu, terima kasih korg sume!! tnpa peminat, sapelah kami~ =p kepada kengkawan dan sape2 juga yg mendoakan kejayaan kami, thanx alot!!! =D


bergambar beramai2... really like dis pic! smart giler! =D

Malam itu, kami meraikan kejayaan kami bersama-sama disertai 5org jejaka tsampan =p sekaligus menyambut bday makcik pdel yg da 2tahun berturut2 jatuh pada hari perlawanan akhir volleyball... sungguh tidak adil! hahaha~ venue kami, court bola tampar yg banyak berjasa!!! ^-^ its really a meaningful day walaupun report aku tak siap lagi!!! hahaha~ =D
sekian laporan panjang berjela lagi penuh emosi oleh aku yg da jadi veteran volleyball KTSN!

-wassalam-

3 berita kembali:

Eiykin Sshi said...

(。♥‿♥。) congratz korang!!~

~cAhaYap3tUnjUk~ said...

mekacih eiykin!!! =D

senzcoff said...

jap22 ang dok lompat22 tinggi2 sempatx turun blik???risau ak dia ne...klu ska pon agak22 ar..jgnla tinggi sgt lompat...ang2 da la tinggi..xpyhla nk lompat2 dah..da ckup..knala bersyukur ngn ketinggian2.....k.hehehe

Followers