Adakah H1N1 sekadar penyakit???

Bismillahirrahmanirrahim~

Setelah 2minggu KTSN pelajar2 KTSN bebas dr belenggu H1N1, angka kematian dah mencecah lebih 40!! dan baru kali ni aku dibukakan hati utk berbicara ttg ini...


sekecil2 virus mampu membunuh manusia... tidak ckupkah bukti kekuasaanNYA???

Korg sume takot H1N1??? takot tak??? aku teringin nak tau brape ramai yg tak takot ngan H1N1 ni... huhu~ sekadar peringatan utk diri sendiri dan utk dikongsi dgn rakan2 yg dikasihi... dalam ketakutan kita yg membutakan, kite seolah2 terlupa bahawa penyakit itu dtgnya dr DIA... mungkin ramai yg tak sedar bahawa ini mungkin merupakan sedikit ujian yg Allah trunkan buat hamba2NYA dan mungkin juga merupakan kifarah atas perlakuan kita sebagai makhlukNYA di muka bumi ni... bg mereka yg sedar, syukur alhamdulillah~
Aku semakin terfikir andai ketakukan kita semua terhadapa H1N1 mengatasi ketakutan kita kpdNYA... naudzubillahimindzalik~ mohon dijauhkan segala bentuk ketakutan melebihi ketakutan kami kpdMu ya Rabb...


prevention is better than cure~

Prevention is better than cure... its really true... but then, ckup ke prevention hanya sekadar dgn menjaga kesihatan, pakai mask, minum air bnyk2, makan buah... sbg muslim, kita punya satu lg prevention yg sgt ampuh, mengapa tidak diuar-uarkan?? kita sedang diuji olehNYA dgn penyakit spt ini, maka seharusnya kita lebih mendekatkan diri kpdNYA... lebih mengingatiNYA dan meninggalkan larangan2NYA... hanya DIAlah sebaik2 pertolongan... jgnlah krn virus sebesar zarah, kita menjadi taksub kpd ketakutan itu sehingga lupa pdNYA... semoga kita semua dijauhkan dr lintasan hati dan perasaan sebegini...

aku terjumpe gamba gimik ni... hish!takkanla de btul2 camni kan?kan? link

Ptg semalam, selepas sesi dialog bersama mahasiswa oleh saudara amin, kami sekelas telah diberikan mask seorang satu... terima kasih kpd barisan PMUKM yg sungguh concern ttg perkara ini dan mengingatkan kami supaya lebey berwaspada terhadap simptom2 H1N1 ni...
dlm pada sesi berdialog tu, aku terdengar sesuatu yg kurang enak ditelinga ini... ttg etika pemakaian... hurrmmm~ rasenye, ni pendapat aku scr personal la... andai kita taknak ikut ape yg perlu digariskan lebih2 lagi ape yg benar lg termaktub dlm kitabNYA, usah bersuara... jd seolah2 mempersenda... semoga Allah mengampunkan kekhilafan kita semua... marilah kita sama2 mengambil ikhtibar dari gejala H1N1 yg sedang mengganas berhampiran kita... marilah juga bersama2 menghitung hari utk bersua dgn ramadhan... bersedia menghadapi bulan mulia penuh barakah itu dgn mempertingkatkan amalan dan muhasabah diri... semoga kita semua tergolong dari kalangan hambaNYA yg ikhlas dan taat~ insyaAllah~

Aku bukan yg selayaknya utk berkata2 tp inilah luahan hati aku~ semoga bermanfaat dan menjadi panduan hidup aku dan mungkin rakan2 yg membaca~ insyaAllah~
Sedikit tazkirah/peringatan utk dikongsi bersama~

Sabda Rasulullah SAW:-

Ertinya: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya,

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

H.R Termizi

semua amaran yang telah disampaikan rasulullah saw telah terjadi pada kita (15 perkara dia atas). Bala yang terkini adalah penyakit selsema babi H1N1 telah menyerang bukan di negara Mexico(sebelum ini) sahaja? Malah seluruh dunia. Setiap negara masih tidak dapat mengelak kemudaratan penyakit yang senang menular dengan cepat. Walaupun dilaporkan terdapat penyembuh yang telah dikaji oleh penyelidik saintis, tetapi ia hanya ura-ura sahaja. MasyaAllah, moga kita dijauhkan dari ujian penyakit tersebut.

tazkirah dipetik dari link

Diharap kata2 di atas tidak menyinggung mana2 pihak melainkan sbg peringatan bersama~ Segala yg baik sesungguhnya dtg dr Allah dan yg buruk itu juga drNYA dan disandarkan kpd diri yg lemah ini...

-wassalam-

2 berita kembali:

AMIN - ALFIKRUUMAH said...

salam,

kak dayah,
sory kerana membuat kegelisahan dalam diri akak,
sebenarnya etika pemakaian yang akan dilancar adalah mengikut peraturan Universiti,
perkara ni telah dibincang bersama prof jamia,
etika pemakaian adalah sama cuma kami berusaha untuk menimbulkn kesedaran dalam diri ini dan diri sahabat semua,

kerna kita th manusia selalu lupa,
insyaAllah, dengan adanya program ini,
kami berharap sahabat2 dpt manfaatnya,

"jadikan hari esok lebih baik dari hari ini"

time kasih kak dayah,

"belajar memberi daripada menerima"

~cAhaYap3tUnjUk~ said...

salam, amin...

sorry klu amin salah faham dgn post akak ni yer... akak bukan merujuk kpd ape yg amin smpaikan tp kpd penerimaan org yg berada disekitar akak... ye, akak faham sume tu mmg etika pemakaian universiti... tahniah krn berusaha utk menimbulkan kesedaran dlm diri pelajar2 farmasi...
mudah2 mereka terbuka hati untuk menerima peraturan yg telah ditetapkan lbh2 lagi peraturan yg takkan usang di telan zaman...insyaallah~

akak ubah skit la... "belajar menerima darpd merungut" ok tak??? =D

Followers