Terima Kasih Ibu

Bismillahirrahmanirrahim~

Dalam seminggu dua lalu hingga saat ini, kesihatanku naik dan turun... adakalanya aku rasa sihat dan adakalanya kesihatanku merudum... yaa~ kesihatan itu nikmat Allah... rugilah mereka yang tidak menghargai nikmat sihat... seperti aku ni... huhuhu~
2 minggu lalu, aku dapat 3hari MC dalam seminggu... mmg puas duk umah tak gi keje... hari isnin dpt MC pon dah ptg... selasa dah kat KL utk appointment... rabu khamis dapat MC... jumaat aku gagahkan diri kembali bekerja utk terima serahan tugas menjaga ubat2 psikotropik...

Di pagi2 hari rabu itu aku tersedar dari tidur dan badan ku menggigil... ke kiri dan ke kanan serba tak kena... tak mampu bertahan, aku telefon ibu yang baru sahaja lena... ibu hadir ke bilik dan merasai tubuhku yang panas dan menggigil... lemahnya aku kala itu dan ku lihat kasih sayang ibu tak pudar terhadap anaknya ini walau kala ini seharusnya aku yang menjaga ibu... ibu trun mengambilkan aku roti, air dan ubat utk aku... hatiku benar2 tersentuh dengan keprihatinan ibu dan aku terlelap semula...

Seperti kebiasaan aku ke tempat kerja pada 630pagi, ibu menjenguk ku agar bersiap utk ke hospital... ibu menemaniku sepanjang hari menjalani pemeriksaan di hospital dan mengambil cuti semata-mata menemani anaknya ini... dari bahagian A&E, ibu menanti aku menjalani X-ray... dan selepas tengahari, menanti appointment aku dengan pakar ENT pula... ternyata demamku disebabkan tonsilku yang kembali membengkak... Disember nanti ada appointment susulan samada perlu atau tidak aku menjalani pembedahan... hmmmm~

Dan sepanjang minggu lepas, batuk ku tidak reda dan berterusan sehingga mengganggu tidurku di waktu malam... sampai 1 tahap, aku tak mampu bertahan, aku ambil segala ubat yang aku rasakan sesuai utk aku dalam bekas ubat dan aku telan... rasa macam 'ape punya pharmcist la aku ni...' tp yang penting batuk ku dah berkurang... cuma kesan 'tidur' tu mmg membuatkan aku tidur seperti bayi!!!
Dan semalam, tahap kesihatan aku merudum lagi... berjalan pun seperti tak jejak tanah... ibu menjenguk ku di waktu malam dan ibu melayani aku seperti anak kecil... huhuhu~ sehingga membuatkan aku terfikir, mampukah aku menjaga ibu suatu hari nanti saat ibu meniti hari2 tuanya... aku terfikir, mampukah aku memberikan kasih sayang seperti ibu??? sungguh2 aku terfikir... setelah 23tahun ibu memberikan kasih sayangnya kepada aku... hmmm~

 Sesungguhnya, kasih sayang ibu tidak ternilai dengan kata2... hargailah ibu kita selagi mereka masih ada... dan berbaktilah kepada mereka sedaya dan semampu kita... hanya Allah yang mampu membalas jasa ibu... Akak sayang ibu~

Wassalam

2 berita kembali:

Reza said...

Akm and hello there... I'm on a blog raiding mission and my aim is to introduce personal cinematography experience via the service of my home office aka mobile studio(which I've newly set up this year)to potential customers and who knows one of them might be you, God willing. So to those out there,my initial question is "have you been married?" No pun intended as that is the nature of my business as I cover special event for happy couples on their wedding day. This is the only method to reach my pcs (potential customers) as I don't have the capital to finance business ads via media Prima affiliates. Visit http://videokahwin2.blogspot.com/
Thank you.

~cAhaYap3tUnjUk~ said...

thank you~ =)

Followers