'boleh saya tau apa erti solat?'

Bismillahirrahmanirrahim~

Alhamdulillah~ dah seminggu gak la aku berkerja kat Eucare... tomorrow will be my second week... mudah2an segala urusanku dipermudahkan...

Selamat menyambung cuti kepada adik2 junior... seronok hangpa naa dah abih LI... berseronoklah puas2 sebelum masuk final year ye... aku pon da mule rindukan student life aku... tp ape bley wat... hidup ini adalah sebuah perjalanan... takkan sama permandangan dikiri kanan sepanjang perjalanan tu... dan takkan sama juga cuaca di sepanjang perjalanan tu... maka, setiap hari adalah hari yang baru utk kita dan perlu disertai dgn azam yang baru utk menjadikan kita lebih baik daripada semalam...

Ermm... aku nak bercerita ttg satu persoalan yang diberikan pada aku berikutan satu post yg aku share di FB iaitu mengenai istilah solat dan sembahyang... yang aku kesalkan disini adalah kerana aku tidak mampu memberikan jawapan tanpa membuat rujukan... nyata, aku masih tidak faham erti solat atau lebih molek aku katakan, aku telah lupa apa yg aku pelajari... astaghfirullah~ terima kasih yang tak terhingga kepada saudara yg bertanya... sedikit bacaan boleh rujuk di sini dan di sini... ni utk aku yg tak brape rajen nak mencari la... huhuhu~ -__-

Andai kalian aku tanyakan 'apa erti solat?' boleh kalian menjawabnya tanpa teragak2?? inilah tujuan aku bercerita... kita rasa kita dah tunaikan solat cukup 5 waktu... kita dah buat segala yg wajib kita lakukan sebagai seorang Islam... tp mungkin kita terlupa dan terleka... kita hanya melakukan semua itu sebagai satu rutin... tanpa kita sedar, seharusnya ia disertai dgn hati... dengan penyerahan jiwa kepada yg mencipta kita... tukar kan sedikit persoalan, 'apa erti puasa?' (da rejab pon kan.. huhuhu~) cukupkah sekadar kita menjawab 'menahan lapar dan dahaga dan sebarang perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bla bla bla sejak matahari timbul hingga terbenam fajar bla bla bla'~ itu jawapan skema nak dpt A dalam exam namenye... camne plak kite nak skor A disisi Allah?? cukup ke sekadar amik yg basic2 jer? buat jadi rutin je? cukup ker semua tu tanpa penyerahan jiwa kita, tanpa rasa rendah diri bahawa kita ni hanyalah insan yg lemah tanpa apa? aku tambah lg... 'apa itu iman? apa itu islam? apa itu ihsan? ikhlas?' saahh!! aku sendiri teragak2 nak menjawab dah ni... di dunia yg bley google carik jawapan pon tak konfiden, camne nak konfiden jawab di depan Allah nanti??

Itulah serba sedikit yang aku nak kongsikan ngan korang sume... kita belajar dahulu semata-mata nak dapat result yg bagus utk exam... tp itu dulu, sekarang mulalah mengamalkan semua itu dengan hati... cari dan gali lah balik segala ilmu fardhu ain yang kite dah skor A mase exam dulu utk kite skor A plak disisiNYA... selagi punya masa, usah berlengah... selagi nafas masih tersisa, pintu taubat masih terbuka... selagi hayat dikandung badan selagi itu hidayah Allah perlu dicari... ia takkan datang sendiri tanpa kita usaha mencari nya... mudah2an kita semua tergolong dari kalangan hamba2NYA yang beriman...
p/s- no wonder jodoh tak sampai lagi kan?? mende basic pon tak kukuh camne nak built family?? cukup ke dgn iman senipis 1 sel ni nak didik anak2 nanti?? tepuk dada tanya iman... huhuhu~

Aku nak ambil kesempatan kat sini utk ucap tahniah kat kengkawan aku yg telah dan bakal melangsungkan perkahwinan mereka... to matpet, tahniah so much and sorry tak menghadirkan diri ke majlis kalian (12 jun 2010) atas sebab2 yang tak dpt dielakkan... kepada deris & sajeed, tahniah atas perkahwinan kalian yg bakal masing2 berlangsung pada 10 jun 2010 dan 18 jun 2010... dua2 hari pon aku keje tp i'll try to manage for it guys... insyaAllah mudah2an Allah kabulkan niat aku ni... I'm really2 happy for all of you~

My turn will be next... when is the 'next'??? only He knows~ ^__^ menjadi dulu baru mencari ye Hidayah~

-wassalam-


0 berita kembali:

Followers